Sejarah Al Baik

Locations

Pada bualn September 1974, Shakour Abu Ghazalah, pengasas Albaik, mengubah suai sebuah gudang yang beliau menyewa kepada restoran ayam goreng tekan pertama di Arab Saudi dan kemudian membukanya.[5] Restoran tersebut terletak di jalan Old Airport di Jeddah.[6] Albaik didaftarkan sebagai tanda dagangan di Arab Saudi pada tahun 1986.

Restoran Albaik pertama dibuka di Mekah pada tahun 1990. Albaik kemudian memulakan perkembangan dengan membina tiga cawangan bermusim di Mina pada tahun 1998, dan melayan jemaah haji ketika musim Haji. Syarikat tersebut berkembang ke Madinah pada tahun 2001. Mereka memperkenalkan konsep dewan makan yang mempunyai menu terhad bernama Albaik Express pada tahun 2002 di Pusat Difaya di Mekah. Mereka membina dapur restoran layanan pantas terbesar di dunia di Mina sebagai sebuah cawangan bermusim untuk menghidang jemaah haji ketika musim Haji pada tahu 2006. Pada tahun yang sama, mereka membuka cawangan di bandar Yanbu. Pada tahun 2013, mereka membina restoran ekspres pertama mereka di sebuah stesen minyak Sasco Petrol atas jalan raya dari Madinah ke Jeddah. Restoran pertama mereka di luar Hijaz dibuka di Buraidah, Al Qasim pada tahun 2015, mengembang bilangan pelanggan mereka. Mereka membuka cawangan pertama mereka di Jizan dan di Riyadh, masing-masing pada tahun 2016 dan 2018. Pada tahun 2019, mereka membuka tiga cawangan di Dammam, Ash Syarqiyah, dengan cawangan yang utama terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd dan dua cawangan yang lain di daerah Abdullah Fuad dan daerah Al Manar.

Pada tahun 2000, sebuah syarikat pemprosenan makanan (30,000 meter persegi) dirasmikan kepada Industri Makanan Aquat -sebuah syarikat saudara Albaik dan penghasil serta pembekal makanan utama mereka, meningkatkan jumlah jualan Albaik.

Program

Pada tahun 1996, program Saintis Muda diperkenalkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab komitmen korporat sosial Albaik dan Coca-Cola terhadap masyarakat bersama Pusat Sains dan Tekologi Jeddah. Program pendidikan dan pelatihan kanak-kanak, House Hero, mula diperkenalkan pada tahun 2001. Pada tahun 2005, "Nazeeh & Wartan" - program Bersihkan Dunia untuk Arab Saudi diperkenalkan bersama Coca-Cola, dalam persetujuan dengan Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pusat Sains dan Teknologi Jeddah.

Makanan

Resipi 18 rempah rahsia mula dicipta pada tahun 1984. Jenis-jenis ayam Albaik mula dijual pada tahun 1994, dengan penambahan Harrag, ayam Albaik pedas. Makanan laut mula ditambah dalam menu dengan pengenalan udang jumbo pada tahun 1995 dan udang berbaloi pada tahun yang berikutnya. Nuget ayam diperkenalkan pada tahun 1999, dengan jenis pedasnya ditambah pada tahun 2000. Mengekori pengenalan nuget ayam, sandwic-sandwic nuget ayam ditambah ke dalam menu pada tahun 2002, dengan kedua-dua nuget ayam biasa dan nuget ayam pedas. Ikan menjadi ciri dalam menu dengan penambahan sandwic ikan pada tahun 2005. Fillet ikan dan sandwic udang diperkenalkan setahun kemudian. Makanan berbuah pertama diperkenalkan pada tahun 2006, dengan penambahan ketulan nanas. Pada tahun 2014, mereka memperkenalkan sandwic besarnya yang terkenal. Mereka memperkenalkan sandwic rendah kalori bernama Saj DeLite dengan versi pedasnya, Lahaleebo, pada tahun 2016. Setahun berikutnya, sandwic Tawook ditambahkan dalam menu, dengan versi pedasnya, Lahaleebo Tawook mengekorinya. Barangan makanan terkininya diperkenalkan pada tahun 2019, iaitu sandwic shawarma.